00:00Alhamdulillah, saya akhirnya berkesempatan untuk bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan
00:06dalam Perimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bagi bulan Ogos tahun 2025 Anjuran Cawangan Khas.
00:16Perimpunan ini adalah yang pertama semenjak saya menerajui tampuk kepimpinan pasukan lebih 2 bulan yang lalu.
00:24Dengan amanah dan kepercayaan yang diberikan, saya amat mengharapkan kebersamaan dan kesepaduan seluruh warga Sangsaka Biru
00:34untuk menampakkan tekat dan etizam menetapkan hal tuju selari dengan fokus utama Ketua Polis Negara.
00:43Bagi memacu kecemerlangan yang lebih komprehensif dan konsisten, saya telah menetapkan 3 fokus utama Ketua Polis Negara.
00:55Fokus pertama, melaksanakan transformasi ke arah kepolisan yang dipacu oleh teknologi dan juga AI ataupun Artificial Intelligence.
01:05Usaha ini dilaksanakan dengan memperkasakan operasi dan perencanaan strategik PDRM
01:12menerusi perintegrasian teknologi modern dan pelaksanaan pendekatan operasi kepolisan berasaskan AI.
01:21Saya juga menggesa seluruh jabatan dan formasi PDRM agar memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan atau AI secara optimum
01:31dalam memperkukuhkan keupayaan pengoperasian serta penguatkuasaan undang-undang.
01:39Langkah ini penting bagi memastikan PDRM sentiasa bergerak seiring dengan evolusi teknologi
01:46sekaligus membentuk pasukan yang lebih dinamik, progresif dan berintegriti.
01:53Kedua, memperkasa dan memperkukuhkan integriti PDRM
01:58menerusi pemerkasaan budaya profesionalisme dan nilai integriti di semua peringkat pasukan,
02:06pemuliharaan imej pasukan melalui pemantapan etika kerja
02:11serta meneruskan gerakan memerangi amalan rasuah dan salah guna kuasa secara total.
02:18Fokus ketiga adalah memantapkan usaha ke arah kesejahteraan rakyat dan pasukan.
02:26Resolusi memperkasakan program komuniti yang mesra, telus dan inklusif
02:33serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan, penguatkuasaan yang responsif,
02:40adil dan peka terhadap keperluan masyarakat.
02:42Saya menyeru seluruh warga PDRM supaya terus komited dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik,
02:52cekap, berintegriti dan prihatin kepada masyarakat selaras dengan motor pasukan polis
02:59iaitu polis dan masyarakat berpisah tiada.
03:04Pengaplikasian teknologi modern yang digabungkan dengan pendekatan mesra komuniti
03:10dapat memastikan setiap tindakan yang dilaksanakan adalah berpandu kepada undang-undang
03:18dan memenuhi kepercayaan masyarakat.
03:22Dengan itu, keamanan serta kejahteraan dapat dipertahankan.
03:26Terima kasih.
03:27Terima kasih.
03:28Terima kasih.
Comments