00:0030 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Kemboja diselamatkan kedutaan Malaysia di Penumpen dengan bantuan pihak imigresen negara itu.
00:11Dalam satu hantaran di Facebook, kedutaan memaklumkan kesemua rakyat Malaysia itu dihantar pulang ke tanah air dari lapangan terbang antarabangsa Penumpen pada Khamis selepas melalui pemeriksaan pihak imigresen tempatan, khususnya dengan sokongan pegawai imigresen Sihanukville.
00:26Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut didedahkan mengenai mangsa atau penahanan mereka.
00:35Setelah Julai, Kemboja memperhebatkan operasi membantras kegiatan penipuan dalam talian di negara itu dan lebih 3,000 suspek dari pelbagai negara telah dihantar pulang.
00:44Ramai individu diperdaya agensi pekerjaan dan dibawa ke Kemboja dengan janji palsu pekerjaan di kasino dengan tawaran gaji lumayan,
00:52namun akhirnya dipaksa bekerja di pusat penipuan dalam keadaan tidak terurus.
00:58Kedutaan Malaysia di Penumpen aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa Kemboja bagi membantu mereka yang terperangkap dalam kegiatan penipuan cyber haram itu.
01:06Kedutaan juga membantu mereka yang ditahan untuk kembali ke Malaysia.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments