Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Kerajaan komited lindungi identiti pemberi maklumat di bawah Akta 711, dengan 1,482 aduan diterima sejak 2020. Siasatan dijalankan secara sulit dan profesional demi keadilan.
Transcript
00:00Agensi Penguatkuasa menerima 1,482 aduan melalui Akta Perlindungan Pemberi Pengalumat 2010 Akta 711 bagi tempoh 2020 hingga 2024.
00:11Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Osman Said.
00:18Jelasnya kerajaan komited memastikan agensi penguatkuasaan menyiasat dan bertindak berdasarkan input dari pemberi maklumat tanpa mendedahkan identiti atau maklumat peribadi mereka.
00:31Kerajaan juga tegasnya terikat untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat khusus termasuk contoh kes membabitkan pemberi maklumat bagi memastikan prinsip pelindungan kerasiaan dapat dikekalkan sepenuhnya sebagaimana digariskan oleh undang-undang.
00:45Justeru agensi penguatkuasaan yang melaksanakan siasatan di bawah Akta 711 diwajibkan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan kerasiaan maklumat sentiasa terpelihara.
00:56Setiap proses siasatan mesti dijalankan mengikut prosedur ketat bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap pemberi maklumat.
01:03Di peringkat pelaksanaan pula, kerasiaan pemberi maklumat sentiasa dijaga dengan rapi dan hanya pegawai berkaitan sahaja yang boleh mengetahui identiti mereka.
01:11Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di siarakan dalam masa sawang Parlimen.
01:16Beliau menjawab pertanyaan ahli Parlimen Jerlun, Dr. Abdul Ghani Ahmad berhubung sejauh mana keberkesanan Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta 711, Benar-benar Melindungi Pemberi Maklumat.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended