00:00Seramai 22 juta pemegang MyCard warga negara Malaysia kini boleh menyemak kelayakan masing-masing bagi menerima penghargaan sumbangan asas Rahmah Sara menerusi portal Rasmi Sara.
00:12Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bantuan sebanyak RM100 akan dikreditkan secara otomatik ke dalam MyCard penerima bermula 31 Ogos ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
00:30Katanya setiap pemegang MyCard warga negara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya layak menerima bantuan ini termasuk penerima Sara sedia ada.
00:41Perhargaan Sara merupakan inisiatif kerajaan madani yang bertujuan memperluas bantuan tunai kepada seluruh rakyat dewasa sebagai sebahagian daripada usaha mengagihkan hasil reformasi kewangan awam secara menyeluruh.
00:52Kementerian turut menjelaskan bahawa tiada pendaftaran atau permohonan diperlukan kerana kelayakan ditentukan secara otomatik berdasarkan data pemegang MyCard daripada Jabatan Pendaftaran Negara JPN.
01:04Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau skamer membandangkan bantuan perhargaan Sara akan disalurkan secara langsung kepada MyCard penerima.
01:13Bantuan ini boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar yang menawarkan lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori termasuk makanan asas, kebersihan rumah dan diri, ubat-ubatan serta keperluan sekolah.
01:27Baki bantuan yang tidak digunakan menjelang hujung tahun akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program kerajaan madani yang akan ditentukan kelak.
01:35Kementerian turut menggalakkan penerima untuk menggunakan bantuan tersebut bagi tujuan kebajikan seperti menyumbang barangan asas kepada pertubuhan bukan kerajaan NGO dan tempat ibadat.
01:45Dengan pelaksanaan perhargaan Sara, jumlah keseluruhan peruntukan bagi program sumbangan tunai rahmat SCR dan Sara meningkat kepada RM15 bilion bagi tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 50% berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
01:59Layari sara.gov.my untuk melakukan semakan dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghargaan Sara.
Comments