00:00Seorang pemimpin PKR menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, UMNO Puat Zarkashi, bahawa tidak mustahil parti itu menjadi dominant di Selangor sekadar borak kedai kopi.
00:13Timbalan Ketua Pemuda PKR, Izuwan Qasim, berkata jika logik sama digunakan maka PKR juga mampu menjadi parti dominant di Johor dan Melaka.
00:23Izuwan berkata Puat tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu memandang beliau adalah antara pimpinan tertinggi UMNO, malah pandangannya juga tidak mencerminkan apa yang dizahir presidennya sendiri.
00:36Semalam Puat menyindir kemasukan Keir Toyo dalam bersatu termasuk menuding jari. Bekas Menteri Besar Selangor itu adalah punca UMNO hilang kuasa di negeri tersebut hingga hari ini.
00:48Sebelum itu, Keir berkata UMNO tidak akan menjadi parti dominant di Selangor jika bertanding dengan kerusi yang sedikit pada PRU akan datang, termasuk menjadi parti pelengkap jika terus menyorok di bawah ketiak Pakatan Harapat.
01:01Mengulas lanjut, Izuwan berkata kenyataan Puat akan menyebabkan kesukaran kepada UMNO menghadapi PRU akan datang kerana ia tidak diputuskan pimpinan tertinggi.
Comments