00:00Jadi kita menyentuh Jabatan Perimatan Awam pula, Tuan Yang Di-Pertua, ada 9 ahli yang berhormat yang menyentuh isu di bawah tanggungjawab JPA ini iaitu yang berhormat Ulus Lango, Kepala Batas, yang berhormat Rantau Panjang, yang berhormat Batu Pahat, Bakri, Bandar Kucing, Kuantan, Bentong dan juga Langkawi.
00:20Jadi 6 orang daripada ahli yang berhormat tersebut membangkitkan cadangan kenaikan umur pesaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun termasuk kebimbangan kesannya terhadap peluang pekerjaan graduan baru dan cadangan pelaksanaan secara berperingkat.
00:35Untuk makluman ahli yang berhormat, umur pesaraan masih lagi kekal di usia 60 tahun sebagaimana termaktub dalam Akta Pencin 1980 iaitu Akta 227 dan Akta Pencin Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan iaitu Akta 239.
00:52Walaubagaimanapun, rangka tindakan penuaan nasional di bawah Kementerian Ekonomi melihat adanya keperluan dasar bagi menaikkan umur pesaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
01:04Bagi sektor swasta dan juga awam.
01:06Namun, JPA tidak terburu-buru dalam hal ini dan sedang melaksanakan kajian menyuruh merangkumi aspek kesihatan, produktiviti, peluang kenaikan pangkat pegawai muda serta implikasi fiskal jangka pendek dan juga jangka panjang.
01:23Dalam perbincangan dengan pihak QPEX pula, beberapa aspek masih lagi diteliti dengan lebih lanjut yang berkaitan dengan peningkatan umur pesaraan akan dibuat secara berperingkat.
01:35Yang keduanya, pegawai perlu diberi pilihan umur pesaraan.
01:39Yang ketiganya, pegawai yang memilih untuk berpencin pada usia 65 tahun hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan dan juga psikometrik yang berkaitan dengan mental.
01:49Dan yang keempatnya, prinsip melanjutkan usia pesaraan adalah bagi pegawai yang kompetensi benar-benar diperlukan oleh kerajaan.
01:59Dalam kajian bentukan umur pesaraan yang sesuai ini, kerajaan akan mengambil perdekatan yang komprehensif dan juga teliti untuk mengukur kemampuan kewangan kerajaan jangka pendek dan juga jangka panjang yang juga akan turut diteriti.
02:13Bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah holistik dan seimbang dengan mengambil kira kepentingan negara serta juga kebajikan penjawat awam secara keseluruhan.
Comments