00:00Pengurusi Perikatan Nasional Sabah, Ronald Kiandi berkata,
00:04proceeding inquest yang diminta keluarga Zara Kairina Mahathir
00:08perlu diadakan segera susulan siasatan ke atas kematian pelajar tingkatan 1 itu.
00:14Ahli Parlimen Beluran itu menyifatkan arahan Jabatan Peguam Negara
00:18untuk pihak berkuasa menggali semula kubur bagi menjalani bedah siasat
00:22ke atas jenazah Zara Kairina sebagai permulaan penting
00:26menepis dawaan dan persepsi pelbagai pihak terhadap kelemahan
00:30serta kepinjangan dalam siasatan awal.
00:33Beliau berkata perhimpunan Justice for Zara semalam
00:36membuktikan solidariti dan kebangkitan rakyat
00:39dalam menuntut keadilan buat mangsa serta keluarganya.
00:43Ronald menambah tragedi yang menimpa Zara Kairina bukan sekadar
00:46dugaan sebuah keluarga tetapi ia adalah ujian besar
00:50terhadap nilai keadilan, integriti dan kejujuran institusi
00:55yang terlibat dalam siasatan termasuk Kementerian Pendidikan.
00:59Zara Kairina dipercayai terjatuh dari tingkat 3
01:02dan dijumpai tidak sedarkan diri dalam longkang asrama sekolahnya
01:06di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu sebelum disahkan
01:10meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu,
01:14keesokannya.
01:14Zainai Mama Maesov, FMT
Comments