00:00Petra melalui Suranjaya Tenaga telah mengumumkan Jadual Tarif Elektrik Baharu di Semenanjung pada 20 Jun 2025
00:08yang mana pelaksanaannya bermula pada 1 Julai 2025.
00:13Pengenalan Jadual Elektrik Baharu ini merupakan penambahbaikan kepada struktur sebelum ini berdasarkan 4 prinsip utama
00:20iaitu penetapan tarif yang telus, kedua struktur tarif yang menceminkan kos pembekalan sebenar,
00:28ketiga, pengagihan kos yang adil dan saksama kepada semua pengguna
00:32dan keempat, impak perubahan yang minimum kepada pengguna domestik.
00:38Untuk maklumat yang berhormat, Jadual Tarif Elektrik di Semenanjung sedia ada telah digunakan sejak tahun 2014.
00:45Semakan Jadual Tarif perlu dilaksanakan berikutan perubahan yang ketara dalam perkembangan dan pembangunan industri tenaga elektrik
00:54dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini.
00:56Kementerian dan ST telah membuat semakan dan menstrukturkan semula
01:01Jadual Tarif Elektrik di Semenanjung bagi menangani isu ketidakpadanan struktur kos pembekalan
01:08di dalam Jadual Tarif Elektrik sedia ada
01:11yang mana sebagai contoh ianya meliputi 9% kos tetap yakni infrastruktur
01:17dan 91% kos tenaga.
01:21Jadual Tarif Elektrik baru ini distrukturkan semula
01:25supaya lebih jelas dengan memaparkan charge tenaga, charge kapasiti, charge rangkaian dan juga charge peruncitan
01:35bagi setiap kategori pengguna berbanding struktur lama yang hanya mempunyai komponen charge tenaga dan charge minimum sahaja.
01:43Dalam hal ini, struktur ini adalah lebih telus dan dapat mendidik pengguna supaya peker terhadap komponen-komponen yang terlibat dalam pembekalan elektrik.
01:55Ini merupakan langkah awal dalam mendidik rakyat supaya menjadi pengguna yang bijak tenaga
02:00selaras dengan agenda peralihan tenaga negara.
02:05Selain itu, kadar tarif dalam Jadual Baru ini juga tidak lagi berdasarkan aktiviti ekonomi semata-mata
02:12tetapi mengikut tahap sambungan Voltan.
02:16Ini bertujuan untuk memastikan pengguna bukan domestik dikenakan kadar tarif berdasarkan kos sebenar
02:23untuk membekalkan sumber elektrik dan mengelakkan berlakunya diskriminasi berdasarkan aktiviti.
02:31Struktur ini juga menyokong aspek kemampanan di mana ia menyediakan platform penyertaan yang sama rata dan adil
02:38dalam kalangan pengguna bukan domestik.
02:41Ketelusan dalam komponen kos pembekalan ini dapat menggalakkan pengguna bukan domestik
02:46untuk menerokai sumber tenaga boleh baru ataupun TBB bagi mendapatkan sumber alternatif elektrik yang lebih kompetitif
02:55di samping memenuhi tanggungjawab dan sumbangan korporat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang seawal tahun 2050.
03:05Selain itu, Kementerian turut memperkenalkan insentif cekap tenaga kepada pengguna di mana ia diberikan secara terus
03:12kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1000 kW jam dan ke bawah
03:17dan juga PMKS yang menggunakan elektrik 200 kW jam dan ke bawah.
03:23Akhir sekali, Tansi Jaya Betua, insentif ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasar
03:28ini menggunakan elektrik secara berhemah dan cekat dalam pengurusan tenaga.
03:32Ini kerana pengurusan tenaga yang baik dapat mengimbangi permintaan elektrik di samping
03:38meningkatkan sumber penjanaan elektrik daripada sumber TBB
03:41bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara.
03:45Sekian, terima kasih Tansi.
03:46Terima kasih telah menonton!
Comments