Tiada peruntukan khas untuk negeri urus sisa pepejal - KPKT
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyediakan peruntukan khas secara langsung kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan bagi tujuan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan pembuangan sampah haram di luar kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Jelasnya, KPKT telah menerima peruntukan sebanyak RM1.54 bilion bagi tujuh negeri untuk membiayai operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam termasuk kutipan sampah, pembersihan awam, penguatkuasaan dan pembersihan kawasan pembuangan sampah haram.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan yang ingin tahu sama ada kementerian menyediakan peruntukan khas kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan bagi mengurus sisa pepejal dan membersihkan kawasan pembuangan sampah haram di luar kawasan PBT.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Selaras dengan rukun kemampanan dalam kerangka Malaysia Madani, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT bertekad memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal negara dengan pendekatan yang mengimbangi keperluan pembangunan, pemeliharaan alam sekitar dan juga kejahteraan rakyat.
00:19Untuk makluman Aliam Mohamad, KPKT bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun Akta 672.
00:34Negeri-negeri tersebut adalah seperti mana Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.
00:42Manakala bagi negeri-negeri lain, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
00:49Dan pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi yang bertanggungjawab di peringkat negeri masing-masing.
00:55Tuan-Ni Di-Petua menerusi Belanjawan 2025, Kementerian ini telahpun menerima peruntukan sebanyak ringgit Malaysia 1.54 bilion bagi tujuh buah negeri yang saya telahpun sebut tadi
01:07untuk membiayai operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam termasuklah kutipan sampah, pembersihan awam, penguatkuasaan dan pembersihan kawasan, pembuangan sampah haram.
01:17Pelaksanaan perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam ini termasuk pembersihan sampah haram yang dilaksanakan berdasarkan serahan oleh pihak PBT sama ada di dalam ataupun di luar kawasan pihak berkuasa tempatan.
01:32Oleh yang demikian, KPKT tidak menyediakan peruntukan khas secara langsung kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan bagi tujuan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kawasan pembuangan sampah haram di luar kawasan PBT.
01:46Akta 672 ini juga memperuntukkan kuasa kepada kerajaan pesukutuan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan pembuangan sampah haram di semua kawasan PBT berkenaan.
01:56Dalam hal ini, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SWCOP telah pun melaksanakan sebanyak 3,036 operasi pembasmian tapak sampah haram pada tahun 2024 dan 2,030 operasi sehingga Jun 2025.
02:14termasuklah tindakan pendakwaan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dengan pelaksanaan