Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
The government is studying the possibility of enhancing localisation requirements for foreign investors to ensure local micro, small and medium enterprises (MSMEs) benefit from domestic and foreign direct investments, says Liew Chin Tong.

The Deputy Investment, Trade and Industry Minister said this was part of efforts to create a resilient ecosystem that allows Malaysian companies to reap spillover benefits and develop into technology-based multinational corporations (MNCs).

Read more at https://tinyurl.com/mry6pcxy

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pada satu hari bulan Ogos 2025, Rumah Putih Amerika Syarikat telah mengumumkan arahan eksekutif ataupun eksekutif order perubahan kadar tarif timbang balas ke atas negara-negara rakan dagangannya termasuk Malaysia pada kadar 19%.
00:18Ini merupakan kejayaan buat kerajaan dalam merundingkan kadar tarif timbang balas tersebut di mana ianya merupakan satu perundingan yang kompleks dari segi kandungan dan perlu dimuktamadkan dalam masa yang sangat singkat.
00:34Kerajaan yakin bahawa langkah-langkah awal yang telah dilaksanakan serta perancangan mitigasi yang rapi akan dapat mengurangkan impak negatif pengenalan tarif timbang balas oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia secara khusus.
00:52Ekspor Malaysia ke Amerika Syarikat ialah 13.2% dari keseruhan ekspor Malaysia pada tahun 2024 yang berjumlah RM1.508 triliun.
01:06Miti bersama agensinya iaitu Matred turut mengambil langkah-langkah mitigasi bagi menangani impak tarif timbang balas dengan memperbagaikan pasaran ekspor negara.
01:18Ini dilaksanakan dengan meneroka destinasi baru di pasaran bukan tradisional serta memperkukuh rangkaian ekspor produk Malaysia terutamanya ke negara-negara pasaran baru atau emerging market yang sedang pesat membangun di Asia Tengah, Asia Selatan, Timur Tengah, Benua Afrika dan ASEAN.
01:42Kerajaan komited untuk meneraju usaha transformasi syarikat-syarikat tempatan daripada hanya menjadi pengeluar tahap outsourcing
01:51ataupun dibuat Malaysia, made in Malaysia kepada tahap dibuat dengan teknologi Malaysia atau made by Malaysia.
01:59Program pengaktifan dan reformasi syarikat berkaitan kerajaan gear up di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM25 bilion
02:09bertujuan untuk memacu syarikat pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, high growth, high value
02:15seperti semiconductor dan peralihan tenaga serta memperkasakan komuniti terpinggi dan membangunkan bakat tempatan.
02:23MITI bersama Kementerian Kewangan juga akan memperkenalkan kerangka insentif pelaburan baru atau New Investment Incentive Framework NINF
02:33pada suku ketiga tahun ini untuk pelaburan dan aktiviti bernilai tinggi
02:39untuk memastikan semua pelaburan menghasilkan manfaat seperti pekerjaan perkualiti untuk rakyat Malaysia
02:49dan membangunkan ekosistem serta teknologi syarikat-syarikat Malaysia.
02:53Untuk memastikan PMKS mendapat manfaat melalui pelaburan domestik dan asing yang baru
03:00dan juga melalui usaha membina syarikat Malaysia menjadi MNC,
03:04kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi yang dikenakan kepada pelabur asing
03:12bagi mengwujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia yang membolehkan syarikat-syarikat tempatan mendapat hasil limpahan.
03:19Terima kasih.
03:19Terima kasih.

Recommended