00:00Persekitaran perdagangan dunia pada ketika ini berubah secara drastik.
00:07Sehubung itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
00:11telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan daya tahan
00:15dan daya saing ekonomi negara terus terpelihara.
00:19Pertama, dari segi keperbagaian rakan dagang,
00:23Malaysia terus memperkukul rangkaian Perjanjian Bebas atau FTA
00:27sedia ada iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
00:32atau RCEP, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pacific atau CPTPP.
00:43Selain itu, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan
00:48Amiria Arab Bersatu UAE pada 1 Oktober 2025
00:55dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropa EFTA pada 23 hari bulan Jun 2025.
01:05Untuk nota negara-negara EFTA ialah Iceland, Lecetan, Norway dan Switzerland.
01:11Kedua, melalui RCEP Malaysia mampu menarik pelaburan berkualiti tinggi
01:19yang menghubungkan ekosistem pengeluaran ASEAN dengan pasaran global
01:24khususnya dalam sektor elektronik dan elektrik, otomotif, produk halal dan ekonomi digital.
01:31Ketiga, dalam konteks RCEP dan CPTPP terdapat bab khusus mengenai PKS yang
01:40menekankan keperluan negara-negara ahli RCEP untuk berkongsi maklumat
01:45meningkatkan program pembinaan kapasiti atau capacity building
01:49serta menyediakan akses pasaran kepada pengusaha kecil dan sederhana
01:57dan MITI juga bekerjasama dengan agensi pelaksana seperti Matrid dan Maida
02:03bagi membangunkan program latihan, bimbingan eksport
02:07serta platform e-dagang rentas sempadan
02:11untuk memudahkan penyertaan PKS dalam perdagangan global.
02:17Akhir sekali, bagi mengukurkan daya tahan industri tempatan
02:21selaras dengan misi keempat pelan industri, pelan induk perindustrian baharu 2030
02:27strategi terbatan utama Malaysia untuk membina rantaian bekalan
02:33yang berdaya tahan merangkumi keperbagaian dalam industri,
02:39pendigitalan industri, ekosistem dan infrastruktur yang berdaya tahan.
02:45Sekian, terima kasih.
02:46Baik, saya jemput Bukit Menara.
02:49Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan tadi.
02:54Jadi, dengan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat
02:59dan juga dasar perlindungan global yang menjejaskan kestabilan perdagangan dunia,
03:04adakah Malaysia mempunyai strategi jangka masa panjang
03:08untuk memperbagaikan sumber bahan mentah teknologi
03:13dan juga pasaran ekspor agar kita tidak terlalu bergantung kepada satu atau dua negara sahaja
03:20serta kekal berdaya saing dalam rantau Indo-Pasifik.
03:23Terima kasih.
03:25Terima kasih Yang Berhormat Bukit Pendera.
03:28Memang kita nak kukuhkan rantaian bekalan kita,
03:32kita nak memastikan pertama kita ada lebih banyak localization,
03:36kita dapat lebih banyak nilai tambah daripada aktiviti industri kita
03:43supaya kita bukan sahaja bergantung kepada input negara lain
03:48tetapi kita memastikan ekosistem dan rangkaian bekalan kita kukuh di Malaysia
03:56dan di peringkat ASEAN.
03:58Dulu memang ada ramai yang kata kita bersaing dengan Vietnam,
04:02kita bersaing dengan negara-negara jiran
04:05tetapi semangat sekarang ialah kita ingin memastikan bahawa
04:09ekosistem dan rangkaian bekalan di ASEAN ini kukuh
04:15dan ia boleh jadi satu rangkaian bekalan.
04:19Seperti dalam konteks semikonduktor di bawah kepengurusian ASEAN kita
04:26kita wujudkan satu struktur atau rangka
04:31framework untuk rantaian bekalan semikonduktor di antara negara-negara ASEAN
04:37supaya kita mengkukuhkan rangkaian bekalan di negara kita dan di serantau.
04:46Terima kasih.
04:49Terima kasih.
Comments