Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Iran mengumumkan penubuhan Majlis Pertahanan Negara yang akan menyelaras perancangan pertahanan dan meningkatkan keupayaan angkatan tentera negara itu secara berpusat, pada Ahad.
Transcript
00:00Iran mengumumkan penubahan Majlis Pertahanan Negara yang akan menyelaras perancangan pertahanan dan meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Negara itu secara berpusat.
00:09Menurut laporan media rasmi Iran, langkah ini diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, SNSC, sesulan konflik udara singkat tetapi tegang dengan Israel pada Jun lalu.
00:21Konflik itu disifatkan sebagai cabaran ketenteraan paling serius bagi Iran sejak Perang Iran-Irak pada 1980-an.
00:26Menurut kenyataan Sekretariat SNSC, Badan Pertahanan Baru ini akan menyemak semula rancangan pertahanan dan memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Iran secara menyeluruh dan berpusat.
00:37Majlis tersebut akan dipenguruskan oleh Presiden Iran, Mas'ud Pesekian dan dianggutai oleh Ketua Tiga Cabang Utama Kerajaan, Komander Tertinggi Angkatan Tentera serta Menteri-Menteri berkaitan.
00:47Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera Iran, General Amir Hatami turut memberi amaran bahawa ancaman daripada Israel masih berterusan dan tidak boleh dipandang ringan.
00:58Konflik ketenteraan antara kedua-dua negara memuncak pada Jun apabila Israel melancarkan serangan udara sebagai tindak balas terhadap pelancaran drone dan peluru berpandu daripada Iran.
01:06Walaupun pertempuran itu berakhir dalam tempoh singkat, ia memperlihatkan ketegangan ketenteraan serantau yang semakin meningkat terutama dalam konteks krisis berpanjangan di Asia Barat.
Comments

Recommended