00:00Rafi Z. Ramli mendakwa hampir 95% daripada perkara di rangka sepanjang proses penyediaan rancangan Malaysia ke-13,
00:08kekal dalam dokumen itu walaupun sudah meletak jawatan Menteri Ekonomi.
00:13Katanya menerusi pembentangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini,
00:18semua reformasi besar termasuk perubahan sistem pendidikan,
00:22penstrukturan ekonomi serta tumpuan kepada agenda baru seperti negara menua
00:26dan pembangunan sektor ketiga dikekalkan dalam RMK13.
00:31Tambahnya beberapa hasil kerja pihaknya di Kementerian Ekonomi yang banyak tentangan sebelum ini,
00:36termasuk pelaksanaan Akta Iltizam dan Akta Mengharamkan Amalan Alibaba semuanya dikekalkan.
00:43Pada 27 Jun lalu, Jemaah Menteri bersetuju Menteri Kewangan 2 Amir Hamzah Azizan
00:48mengambil alih tugas dan fungsi portfolio ekonomi berkuatkuasa serta mertak.
00:53Apabila jawatan itu kosong, susulan perletakan jawatan Rafizi selepas kalah pemilihan timbalan Presiden PKR.
01:00Ketua Setiausaha Negara Syamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan berkata tugas utama perlu dibuat Amir adalah
01:06mengolah dan merombak semula intipati naskah RMK13 yang dibentangkan di Parlimen hari ini
01:13dengan mengambil kira maklumat tambahan dikemukakan Kementerian serta pandangan dan ulasan Jemaah Menteri.
Comments