Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melancarkan Ops Selamat Paru-Paru (Ops Selamat Papa) pada Jumaat ini bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha bersepadu itu penting untuk mengawal ketat penjualan rokok elektronik atau vape di pasaran.
00:00Buat masa ini, Kementerian Kesihatan memberi keutamaan kepada pendekatan kawal selia yang ketat terhadap produk merokok melalui pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yakni Akta 852,
00:16yang merangkumi keperluan antara lainnya, pendaftaran produk, larangan pengiklanan, promosi dan tajaan, kawalan terhadap penjualan khasnya OBD kepada OBD serta larangan merokok di tempat kawasan larangan merokok termasuk penguatkuasaannya dan hukumannya.
00:38Melalui pendekatan whole of nation, pengemblingan seluruhnya rakyat dan negara, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan antara lainnya operasi penguatkuasaan bersepadu yang dinamakan operasi selamat paru-paru ataupun Ops Selamat Papa.
00:57Ops Selamat Papa ini sangat penting untuk timbalan yang dipertua, bukan hanya untuk menyelamatkan Papa, Ayah, tetapi Ops Selamat Mama juga.
01:08Akibat daripada Papa yang merokok, akhirnya kita dapati sumber, maaf, dari segi faktanya 2022-2023,
01:19daripada kes-kes paru-paru CA of the Lung dengan izin 8091, jumlahnya di kalangan kawal lelaki adalah 5251, kawal wanita 2840.
01:34Jadi Ops Selamat Papa ini juga akan menyelamatkan Mama yang akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Ogos 2025.
01:43Operasi ini bertujuan membastikan penguatkuasaan 852 dapat dijalankan secara menyeluruh.