Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDN didakwa minta rasuah
Seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan meminta rasuah sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan kes berkaitan minyak masak tiga tahun lalu.
Tertuduh, Sahzul Hisam Samsuri, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Darmafikri Abu Hassan selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
00:00Seorang penolong pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN,
00:06dihadapkan ke Mahkamah Session Seremban atas pertuduhan meminta rasuah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan kes berkaitan minyak masak tiga tahun lalu.
00:16Tertuduh Sahzul Hisam Samsuri, 51, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Dharma Fikri Abu Hassan selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:26Mengikut pertuduhan, tertuduh telah meminta wang berjumlah RM8,500 daripada seorang lelaki berusia 53 tahun melalui panggilan telefon sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap kes membawa minyak masak terpakai tanpa lesen sah pada 11 September 2022 di sekitar Seremban.
00:47Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16-A-A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 yang mana sabit kesalahan,
00:59tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:10Timbalan Pendakwa Raya KPDN, ASMA, Zamri menawarkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Selangor setiap bulan menyerahkan pasport jika ada serta tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
01:27Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan memandangkan dia kini digantung tugas selain mempunyai enam tanggungan serta perlu menerima rawatan berterusan untuk penyakit darah tinggi.
01:40Mahkamah akhirnya menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan sebagaimana yang dipohon oleh pihak pendakwaan.
01:50Jaminan akan dibatalkan jika tertuduh gagal mematuhi syarat-syarat yang dikenalkan.
01:55Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Ogos depan.