There are around 2.8 million people who have registered for MyDigital ID in the second quarter of this year, says Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
The Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) said that this was an increase from the first quarter of 2025, which saw 1.8 million people registered.
00:00Untuk makluman Ali yang berhormat, sehingga suku kedua tahun 2025, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mendaftar MyDigitalID adalah kira-kira 2.8 juta orang, meningkat daripada jumlah 1.8 juta pendaftaran yang dicatatkan pada suku pertama tahun 2025.
00:18Jumlah ini dijangka terus meningkat dengan pengembangan kes pengguna atau use case dengan izin. Dalam konteks MyDigitalID, kes penggunaan bermaksud aplikasi atau perkhidmatan tertentu di mana MyDigitalID digunakan sebagai kaedah pengesahan identiti.
00:34Contohnya, log masuk ke portal MyGOV menggunakan MyDigitalID. Kedua, mengakses aplikasi MyJPJ dengan pengesahan MyDigitalID dan ketiganya verifikasi pemilik kad SIM perabaya menggunakan MyDigitalID.
00:50Jadi semakin banyak kes penggunaan MyDigitalID ini diperkenalkan dalam sistem dan perkhidmatan kerajaan dan juga swasta. Semakin tinggi keperluan pengguna untuk mendaftar MyDigitalID.
01:00Ini kerana setiap kes penggunaan baru mewujudkan keperluan pengesahan identiti digital sekaligus mendorong peningkatan pendaftaran dalam kalangan rakyat.
01:12Menyentuh isu integrasi MyDigitalID pula, ketika sesi penggulungan pembekalan tambahan pertama tahun 2024 pada 2 Mac 2025, saya juga telah memaklumkan bahawa telah ada 10 sistem aplikasi kerajaan telah diintegrasikan dengan MyDigitalID.
01:2812 dalam proses dan 12 dalam perancangan dan 8 pula dalam penilaian. Ini melibatkan 42 sistem keseluruhannya.
01:38Terkini jumlah integrasi telah meningkat secara signifikan kepada 35 sistem aplikasi kerajaan, 17 lagi sedang dalam pelaksanaan manakala 21 dalam perbincangan awal.
01:49Di samping itu, 7 sistem aplikasi bukan kerajaan telahpun berjaya diintegrasikan dan 2 lagi sedang dilaksanakan.
01:56Menjadikan jumlah keseluruhan integrasi adalah sebanyak 82 sistem. Ini peningkatan hampir 2 kali ganda yang berbanding dengan Mac lalu.
02:05Selanjutnya, keterangkuman MyDigitalID akan turut melibatkan aplikasi digital daripada sektor keuangan dan juga perbankan.
02:12Dan setakat ini, sebanyak 66 buah bank telah selesai menjalani fasa pengujian sandbox di dalam pemantauan Bank Negara Malaysia ataupun BNM.
02:22Dan hal ini membuktikan usaha dan keyakinan institusi keuangan dan perbankan telah dalam mempertingkatkan kemajuan bidang teknologi keuangan iaitu fintech menerusi penggunaan identiti digital yang sahih dan juga selamat.
02:38Dari segi keselamatan pula, MyDigitalID menggunakan teknologi biometrik, eKYC dan juga kriptografi.
02:45Serta tidak menyimpan data peribadi pengguna bagi mengurangkan risiko kebocoran.
02:50Selain daripada itu, MyDigitalID turut mengambil langkah proaktif menerusi jalanan kerjasama dan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM dan juga Polis Teraja Malaysia, BDRM bagi membendung jenayah cyber.
Be the first to comment