Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting dan hal ehwal semasa dalam pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan berlangsung petang ini, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, pertemuan itu juga dilihat sebagai persediaan awal menghadapi sidang Parlimen yang bakal dibuka tidak lama lagi.