00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada Dr. Mahathir Mohamad.
00:09Beliau mendoakan bekas Perdana Menteri itu terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan bermakna.
00:18Hari ini, Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia, genap berusia 100 tahun,
00:24mendandakan satu abad kehidupan yang sarat dengan pengaruh politik berdekat lamanya.
00:30Mahathir, anak bongsu daripada sembilan beradik, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alostar Kedah.
00:38Beliau dikenali sebagai bapa pemodenan Malaysia atas inisiatif yang dilaksanakan ketika menjadi Perdana Menteri ke-4,
00:45termasuk projek infrastruktur ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur,
00:51Pelapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Tuca Jaya sebagai pusat pentadbiran negara.
00:57Mahathir juga menerajui Kerajaan Barisan Nasional dari 1981 hingga 2003
01:03dan sekali lagi dilantik Perdana Menteri dari Mei 2018 hingga Februari 2020
01:09bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang menyaksikan kejatuhan BN daripada tampuk pemerintahan.
01:15Hayli Izzati, FNT