00:00I-Spire Malaysia sendirian berhad menegaskan kilangnya di Senai, Johor
00:06yang mengeluarkan peranti rokok elektronik
00:08mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan negara.
00:13Syarikat itu berkata ia beroperasi mengikut prosedur ketat
00:16bagi memastikan semua aktiviti pengeluaran
00:19di fasiliti Johor untuk tujuan ekspor.
00:23I-Spire Malaysia menerangkan bahawa produknya
00:25tidak mengandungi sebarang nikotin atau cannabis
00:28sama ada dalam bentuk cecair atau gel
00:31sekaligus ia tidak tertakluk kepada peraturan Kementerian Kesihatan
00:35di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
00:42Tambahnya lagi produk yang dikeluarkan di fasiliti Johor
00:45tidak dipasarkan, dijual atau diedarkan di dalam negara
00:50dan tidak boleh diakses oleh pengguna tempatan.
00:54Tegasnya sebarang pengeluaran produk berasaskan nikotin
00:57jika dimulakan akan khusus untuk ekspor
01:00dan tertakluk kepada kelulusan rasmi
01:03daripada semua agensi kerajaan berkaitan
01:05di peringkat persekutuan maupun negeri.
01:08Zahra Alamia Syahir
01:11FMT
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments