00:00Penganalisis berpendapat PAS mungkin hanya terjejas seketika jika Abdul Hadi Awang tidak lagi menjadi Presiden.
00:09Shaza Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata,
00:13Bakal pengganti Hadi mungkin memerlukan sedikit masa mendapatkan sokongan menyeluruh ahli
00:19memandangkan karisma ahli Parlimen Marang itu yang mengetuai PAS sejak 2003 susulan kematian Fazil Noh.
00:27Menurutnya, jika Hadi digantikan dengan tokoh dalaman seperti Tuan Ibrahim Tuan Man atau Takiuddin Hassan,
00:34parti dijangka kekal stabil dengan sokongan Dewan Ulama dan Majlis Syura.
00:39Namun, pemimpin baru tetap perlu masa untuk raih pengiktirafan.
00:43Sementara itu, fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berpandangan desakan menukar Hadi
00:49datang bukan sahaja dari luar yang mahu melihat PAS lemah,
00:52tetapi juga dari dalam parti sendiri yang mahu melihatnya lebih kuat sambil tidak menafikan
00:58wujud gerakan senyap memberi isyarat agar Hadi diganti.
01:03Terdahulu, media melaporkan Hadi didakwa membayangkan berundur daripada jawatan tersebut
01:08atas faktor kesihatan.
01:11Perkembangan itu menyusul pelbagai spekulasi berkait kedudukan Presiden dan timbalan Presiden PAS
01:16menjelang pemilihannya dijangka September depan.
01:21Zaro Alamiya Syahir, FMT
Comments