00:00Pembangunan prasarana dan infrastruktur tidak terbatas kepada ICRL dan Johor-Singapore Economic Zone.
00:09Kemudahan awam dan perkhidmatan rakyat terus diberi perhatian.
00:12Malah sekolah-sekolah diperbaiki, hospital dinaik taraf, jaringan pengangkutan ditingkatkan.
00:20Rakyat tidak hanya dijanjikan harapan tetapi juga dibela secara nyata dan berterusan.
00:25Strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat terus digerakkan melalui reformasi struktur ekonomi.
00:32Kemasukan pelaburan berkualiti tinggi, pemerkasaan usahawan kecil dan sederhana, serta pengukuhan ekosistem teknologi inovasi.
00:42Setiap anak watan harus berpeluang untuk maju tanpa mengira latar belakang kaum atau budaya.
00:48Ampun tuanku, kestabilan dan perpaduan nasional adalah syarat mutlak dan asas kepada segala kemajuan.
00:58Dalam dunia yang cepat berubah dan syarat cabaran, perpaduan bukan pilihan, ia adalah kemestian dan keperluan.
01:07Justru, segala usaha memperkukuh integrasi nasional akan terus diperkasa demi memastikan tiada sesiapa pun terpinggir dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih baik dan gemilang.
Comments