00:00Begitu juga apabila wujud lagi banyak parti politik atau camp dalam parti,
00:10maka rakyat akan lebih berpecah belah dan benci-membenci di antara satu sama lain.
00:23Gunakanlah akal sebelum buat sebarang keputusan.
00:28Tidak ada hadiah yang lebih istimewa buat diri saya selain daripada rakyat yang bersatu padu.
00:44Saya pernah sebutkan dulu, ada satu virus yang akan melanda negara.
00:53Kita sekarang, kita nampak virus ini telah mula menular dan tidak boleh diubati.
01:08Awak fikirlah sendiri apa virusnya.
01:12Saya sering bercakap mengingatkan perkara ini supaya kita tidak mudah lupa.
01:27Oleh yang demikian, saya menyuruh kepada semua rakyat jelata,
01:38berikanlah saya hadiah perpaduan yang kukuh dan berkekalan.
01:46Selepas ini, saya akan mengadakan kembara diraja di seluruh wilayah persekutuan
02:00untuk saya melihat sendiri kehidupan rakyat dan mengagihkan duit zakat kepada orang miskin dan asnaf yang lapan.
02:15Saudara-saudara sekalian, saya menyuruh kepada penjawat awam,
02:31berikanlah saya perkhidmatan yang cemelang sebagai hadiah.
02:38Amalkan prinsip rukun negara yang kedua, iaitu kesetiaan pada raja dan negara.
02:50Kesetiaan bukan maksud menyembah, tetapi jujur dan amanah dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diberikan
03:07serta tidak mengkhianati negara dan amanah rakyat.
03:16Penjawat awam mestilah bebas.
03:20Daripada pengaruh part-parti politik, bersikap berkecuali dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.
03:34Kerawai kerajaan haruslah memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan,
03:53bukan mengikut telunjuk orang politik.
03:59Setiap perbelanjaan juga mestilah dikawal dengan rapi dan tidak boleh digunakan sesuka hati
04:11oleh menteri atau ahli parlimen untuk memancing undi sampai menyebabkan hutang kerajaan bertambah besar.
04:26Semua agensi penguatkuasa mestilah berani dan jalankan tugas dengan penuh integriti.
04:40Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan dan tidak hormat kepada uniform yang dipakai.
04:56Terima kasih telah menonton!