Malaysia sasar kerjasama strategik dengan korea dalam teknologi lebuh raya pintar
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Korea Selatan dalam bidang teknologi lebuh raya pintar.
00:08Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nantalingi berkata lawatan teknikal ke Korea Expressway Corporation, KEC,
00:15sempena forum It's Asia Pacific 2025, membuka ruang penting ke arah kerjasama jangka panjang.
00:22KEC merupakan agensi lebuh raya utama Korea Selatan yang mengurus lebih 5,000 km lebuh raya negara itu.
00:32Ia terkenal dengan penggunaan teknologi canggih termasuk sistem pengurusan trafik bersepadu, analitik big data dan kecerdasan buatan AI.
00:41Menurut Alexander, Malaysia amat mengalur-alurkan kerjasama dalam aspek pembangunan kapasiti tenaga kerja, pengurusan lebuh raya pintar serta teknologi pembinaan digital.
00:50Tambah beliau, pengalaman KEC dalam sistem tur berteknologi tinggi sejak 2017 mampu memberi nilai tambah kepada hala tujuh baru pengurusan tur Malaysia.
01:00Lawatan ini turut memperkukuh visi Malaysians It's Roadmap 2030 ke arah pembangunan lebuh raya negara yang lebih cekap, inklusif dan lestari.
01:10Malaysia berharap hubungan ini akan diterjemahkan kepada kerjasama nyata dalam membina infrastruktur serantau yang lebih pintar dan mampan.