Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Hasil soal siasat juga mendapati, sindiket turut mengaut keuntungan besar tanpa membayar cukai kepada kerajaan dengan membawa rokok itu dari selatan Semenanjung untuk diedarkan ke pasaran utara tanah air.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan Gerakan Arm PGA Brigad Utara berjaya mematahkan sindiket pengidaran rokok tidak bercukai apabila merampas 6,100 kartun rokok bernilai lebih 2 juta ringgit.
00:11Rampasan tersebut dibuat dalam operasi yang dilakukan cawangan wisik Bertilin 2 PGA Kulim Kedah di kilometer 139.9 Leburaya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar jambatan Pulau Pinang.
00:24Komander Brigad Utara PGA, SSC Syarum Hashim berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.
00:33Syarum berkata serbuan itu dibuat hasil risikan yang dijalankan sejak sebulan lalu bagi mengenalpasti modus operandi sindiket tersebut.
00:41Hasil soal siasat juga mendapati sindiket turut mengaut keuntungan besar tanpa membayar cukai kepada kerajaan dengan membawa rokok itu dari selatan semenanjung untuk diedarkan ke pasaran utara tanah air.
00:52Kes disiasat di bawah Seksyen 135-1-D Akta Kastam 1967 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 dan maksimum 20 kali ganda nilai atau RM500,000 atau penjara antara 6 bulan hingga 5 tahun atau keduanya sekali.
01:12Syarum berkata PGA Brigade Utara akan terus memperhebatkan rondaan dan penguatkuasaannya di seluruh kawasan tumpuan di Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi membantras aktiviti jenayah dan penyeludupan.
01:25Justru pihaknya menyeru masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan yang melanggar undang-undang.

Recommended