Sokongan terhadap Presiden Trump merosot ke 42% susulan kebimbangan rakyat AS terhadap pengurusan ekonomi dan impak dasar perdagangan serta tarif yang agresif.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sokongan terhadap Presiden AS dan Trump menurun kepada 42% minggu ini menyamai paras terendah sepanjang penggal baharunya.
00:09Tinjauan tiga hari oleh Reuters Ipsos yang berakhir pada ahad menunjukkan penurunan dua mata peratusan berbanding 44% pada minggu sebelumnya.
00:20Paras sokongan tertinggi Trump direkodkan pada 47% selepas beliau kembali ke White House pada Januari dan tahap sokongan itu kekal stabil sejak itu.
00:28Dalam tinjauan terbaru, hanya 39 responden menyatakan bahawa Trump menguruskan ekonomi dengan baik.
00:35Trump memenangi pilihan raya 2024 dengan janji untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi Amerika.
00:42Namun dasar perdagangannya kini menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan.
00:48Langkah Trump termasuk melaksanaan tarif tinggi terhadap rakan dagang utama yang menurut pakar ekonomi boleh menekan pertumbuhan dan menaikkan harga barang.
00:56Kadar inflasi meningkat semasa pentadbiran Presiden Joe Biden tetapi menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebelum dijangka naik semula akibat tarif baharu.
01:07Sebanyak 33% responden menyokong cara Trump menangani kos sari hidup sedikit meningkat berbanding 31% yang tidak kuatkan pada minggu sebelumnya.
01:16Ramai ahli ekonomi menjangkakan tarif akan menjejaskan marjin keuntungan pengimport dan menyumbang kepada peningkatan inflasi dalam masa dekat.
01:25Pada satu, Trump meminta Walmart menyerap kos tarif dan tidak menyalahkan dasar perdagangan atas kenaikan harga barang keperluan.
01:33Beliau juga mengesah rezak Persekutuan Amerika menurunkan kadar faedah walaupun bank pusat itu menyuarakan kebimbangan terhadap potensi peningkatan inflasi.
01:41Terima kasih telah menonton!