Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah pada Selasa akibat serangan jantung.

Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita mulakan laporan pertama iaitu seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Mekah pada selasa akibat serangan jantung.
00:09Ini menjadikan tiga jemaah yang meninggal dunia setakat ini di Tanah Suci selepas Allahyarham Nurizah Tambunan dan Allahyarham Abdullah Ahmad.
00:18Mengesahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dato' Muhammad Naim Mokhtar berkata jemaah tersebut Arifin Elias Arifin Jawa Elias E.B. Halim
00:31mengembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Jana Diriyah pada jam 7.30 pagi waktu tempatan atau 2.30 pagi waktu Malaysia.
00:40Menurutnya jemaah dari KT058 Maktab 90E itu berasal dari Tawau Sabah dan arwah juga ditemani isterinya Nur Asya Imam Isnin sepanjang perjalanan haji tersebut.
00:54Dalam perkongsian di Facebooknya, beliau turut mendoakan agar Nur Asya, anak-anak serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran.
01:03Muhammad Naim berkata, tabung haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham dan urusan berkaitan lain akan disempurnakan sebaiknya.
01:13Untuk rekod, seramai 18,453 jemaah haji berada di Tanah Suci iaitu 58% daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah haji musim 1,446 hijrah.

Recommended