Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Seramai 789 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) digerakkan ke ibu negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung di ibu kota minggu ini, bersama 539 aset trafik pelbagai jenis.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Seramai 789 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT digerakkan ke Ibu Negara sempena Sidang Kemunca ASEAN ke-46 minggu ini bersama 539 aset trafik pelbagai jenis.
00:15Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Yusri Hassan Basri berkata, kesiapsiagaan tinggi diperlukan kerana pergerakan delegasi asing bermula secara berperingkat pada 23 Mei.
00:26Dengan kekuatan seramai 789 petugas trafik terdiri daripada 55 pegawai kanan polis dan 734 pegawai rendah polis bersubsidia sepanjang persidangan berlangsung.
00:43Kekuatan ini merangkumi bantuan semua manusia JSPT daripada seluruh kontijen seramai 497 orang termasuk Kuala Lumpur iaitu seramai 292 orang.
00:56Beliau berkata JSPT akan menggunakan sepenuhnya aset trafik termasuk motosikal pengiring, kereta peronda dan sistem on-board kamera atau OBC untuk memastikan tahap pematuhan dan keberkesanan kawalan.
01:08JSPT turut menggerakkan pelbagai aset trafik termasuk 36 kenderaan peronda atau MPV, 313 motosikal berkuasa besar, 190 motosikal kecil serta alat perhubungan radio.
01:21Tambahnya kenderaan pembalik atau trak tunda turut disediakan untuk menangani kenderaan yang tersadai atau menghalang laluan.
01:27Kata beliau, Fasa Raptai atau Dry Run tugas kawalan trafik akan dilaksanakan membabitkan ujian laluan, kawalan persimpangan dan pengiring delegasi pada 21 dan 22 Mei ini.
01:38Sementara itu, beberapa laluan utama di Ibu Negara termasuk Lebuh Raya akan ditutup atau dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi.
01:47Terima kasih telah menonton!

Recommended