00:00Bertemu kembali berita antarabangsa, Ketua Bantuan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Tom Fletcher, menifatkan pelan Israel untuk mengagihkan bantuan ke Gaza sebagai satu helah sinis.
00:12Malah dakwa beliau ia dilihat sebagai usaha disengajakan untuk mengalih perhatian serta mengaburi kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestine.
00:20Bercakap di Majlis Keselamatan PBB pada Selasa, Fletcher meredahkan bahawa tiada bantuan makanan, ubat-ubatan, air atau kemah dibenarkan masuk ke wilayah Palestine itu sejak lebih 10 minggu lalu.
00:50Bantuan terakhir dilaporkan memasuki Gaza pada 2 Mac lalu.
01:01Israel bertegas tidak akan membenarkan sebarang kemasukan barangan keperluan sehingga semua tebusan yang masih ditahan oleh Hamas dibebaskan.
01:08Bulan lalu, Program Makanan Sedunia WFP mengumumkan pihaknya telah kehabisan stok makanan di Gaza manakala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan menggesa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk membenarkan penghantaran bekalan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
01:25Fletcher berkata PBB telah bertemu pihak berkuasa Israel lebih 12 kali untuk membincangkan model pengagihan yang dicadangkan Israel.
01:33Namun, beliau menegaskan plan tersebut bukan sahaja tidak praktikal, malah menambah penderitaan sedia ada.
01:39Katanya model yang dicadangkan Israel hanya akan menyebabkan perpindahan lebih ramai orang awam.
01:44Tegas Fletcher, bantuan kiri dijadikan senjata politik kelaparan digunakan sebagai alat tawar-menawar.
01:51Agensi kerjasama dan penyelarasan kerajaan Israel sebelum ini mencadangkan mekanisme pemantauan bantuan bersama, agensi antarabangsa.
01:58Namun, ia tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan PBB termasuk kebebasan menghantar bantuan ke sebuah lokasi yang memerlukan.
Comments