Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/6/2025
ASEAN perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelbagai bentuk halangan bukan tarif (NTB) yang terus menyulitkan pergerakan barangan dan perkhidmatan di rantau ini.

Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, Tan Sri Nazir Razak berkata, ketika tarif dikurangkan sejak beberapa dekad lalu, jumlah NTB pula meningkat secara mendadak, dengan lebih 9,600 NTB dikenal pasti dalam kalangan negara anggota ASEAN ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00ASEAN perlu segera menyelesaikan isu piawayan berbeza dalam industri halal yang menjadi sebahagian daripada halangan bukan tarif atau NTB dalam perdagangan serantau.
00:10Tan Sri Nazir Razak berkata ketika tarif dikurangkan sejak beberapa dekad yang lepas, jumlah NTB pula meningkat secara mendadak dengan lebih 9,600 NTB dikenalpasti dalam kalangan negara anggota ASEAN ketika ini.
00:30tersebut ada banyak frustrations dengan non-tarif barrieras.
00:35So, if you look at, say, even halal food from Malaysia has to go through another process to go into Indonesia or Brunei.
00:44There's a lot of this kind of non-tarif barrieras.
00:48So, I think, you know, as we negotiate with the US, maybe some of these non-tarif barrieras that are, you know, sometimes these things, if you don't kind of poke at them, you don't really know why they're there.
01:08So, it's an opportunity for us to review non-tarif barrieras that are highlighted by business sectors.
01:18Beliau menambah kepelbagaian piawayan dan keperluan teknikal dalam urusan halal bukan sahaja membebankan pengeluar, tetapi turut melemahkan integrasi ekonomi yang dilaung-laungkan ASEAN selama ini.
01:31Susulan itu, beliau mencadangkan ASEAN menubuhkan kerangka piawayan bersama antara badan pesijilan halal utama membabitkan negara di rantau ini.
01:39Ia boleh meningkatkan daya saing produk halal ASEAN di peringkat global, sekaligus mengukuhkan kedudukan rantau ini sebagai hub utama halal dunia.
01:49Nazir juga membangkitkan kelemahan mekanisme aduan sedia ada seperti platform ASEAN Solutions for Investment, Services and Trade yang membolehkan syarikat melaporkan NTB yang mereka hadapi di mana-mana negara ASEAN.
02:02Malangnya, beliau berkata, kadar penggunaan platform itu sangat rendah kerana terdapat syarikat yang tidak percaya tindakan akan diambil,
02:12menunjukkan keperluan mendesak untuk reformasi dalam cara ASEAN menangani halangan perdagangan.

Recommended