00:00Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memfaikan notis tuntutan kepada timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahir Hamidi
00:09berhubung kenyataan berungsur fitnah membabitkan isu pegangan amanah harta UMNO.
00:15Dr. Mahathir 99 tahun memfaikan notis tersebut menerusi firma Guam Rafiq pada Jumaat.
00:21Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Peguam Rafiq Rashid yang mewakili Dr. Mahathir,
00:26kenyataan yang dipertikaikan itu ialah berkaitan dakwaan Ahmad Zahir 72 tahun
00:32bahawa bekas Ahli Parlimen Langkawi itu enggan melepaskan pegangan amanah terhadap harta milik UMNO.
00:39Sesulai itu Dr. Mahathir menuntut agar Ahmad Zahir membuat pengakuan bahawa
00:43kenyataan fitnah yang dituturkan pada 11 April lalu merupakan penipuan semata-mata.
00:48Selain itu beliau menuntut sidang media terbuka diadakan di ibu pejabat parti itu
00:53dan di pejabat timbalan Perdana Menteri bagi mengakui kenyataan tersebut adalah tidak benar dan bersifat fitnah.
01:01Katanya permohonan maaf secara berutelis juga perlu dibuat kepada Dr. Mahathir
01:05dengan aku janji tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang menjejaskan reputasinya.
01:10Dr. Mahathir turut memberi tempoh 7 hari kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu
01:15untuk mematuhi tuntutan tersebut.
01:17Pada 15 April lalu Dr. Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau enggan menandatangani
01:23surat pelepasan tanggungjawab sebagai pemengang amanah bagi aset milik UMNO.