Tiada keperluan gubal undang-undang baharu atasi polemik agama
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy berkata, tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Keharmonian Negara buat masa ini, memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Tambah beliau, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata dan adil.