00:00Bagi menangani isu capaian internet di kawasan bandar dan luar bandar,
00:05Kerajaan melalui Surajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC
00:09telah menetapkan sasaran untuk menyediakan 100% liputan internet di kawasan berpenduduk
00:14menjelang 2025 di bawah Plan Jalinan Digital Negara atau Jendela.
00:19Kerajaan melalui MCMC juga akan menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan komunikasi asas
00:24melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun USP Fund
00:29bagi kawasan luar bandar serta pendalaman.
00:31Sehingga 31 Oktober 2024,
00:34bagi pencapaian di bawah jendela di seluruh negara,
00:37sebanyak 8.88 juta premise telah tersedia dengan capaian gentian optik,
00:42kelajuan jalur lebar mudah alih median adalah 105.75 Mbps,
00:49dan kadar liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk adalah sebanyak 98.38%.
00:56Pelaksanaan Projek Jendela Fasa I masih lagi dalam pelaksanaan.
01:00Setakat 31 Oktober 2024,
01:03sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap
01:13dan daripada jumlah 1,385 menara yang telah siap,
01:17hanya sebanyak 808 menara telah beroperasi.
01:22Saya ambil kesempatan ini untuk menyatakan,
01:25sebelum ini dalam beberapa jawaban,
01:27saya telah menyatakan bahwa saya berhasrat untuk memaklumkan kepada
01:31alih-alihan bohmat tentang telkom mana yang telah menerima menara
01:36tapi belum melaksanakan.
01:38Jadi saya sebut di sini.
01:40Selkom DG telah menerima 866 menara
01:46dan 366 menara masih dalam pelaksanaan.
01:52193 menara telah lebih 9 bulan.
01:56Maksudnya menara itu dah siap 9 bulan,
01:58tapi 193 masih belum beroperasi.
02:01Maxis telah menerima 134 menara
02:05dan 96 masih dalam pelaksanaan,
02:0810 lebih daripada 9 bulan.
02:11UMobile telah menerima 143 menara yang telah siap,
02:1719 dalam pelaksanaan dan 2 lebih daripada 9 bulan.
02:22Redtone telah menerima 191 menara
02:26yang mana 45 masih dalam pelaksanaan dan 4 telah melebihi 9 bulan.
02:33YTL Communications, YTL telah menerima 51 menara
02:38dan kesemua 51 menara YTL tidak ada satu pun yang telah beroperasi,
02:4517 daripada menara ini telah lebih daripada 9 bulan.
02:51Maksudnya YTL yang paling corot,
02:53saya minta maaf saya terpaksa sebut di sini,
02:56daripada 51 menara yang telah diterima,
02:59kesemua 51 tidak siap.
03:01Jadi saya telah minta supaya MCMC meneliti
03:06menara yang menghadapi kelewatan,
03:09tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor
03:12sama ada bahagian pertama atau bahagian kedua,
03:15part 1 atau part 2,
03:17antara peneliti yang boleh dikenakan di bawah notis pemberitahuan penamaan
03:21ataupun notification of approval
03:23kepada pihak pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara
03:26dalam tempoh yang ditetapkan adalah liquidated damages dengan izin,
03:30mengambil performance bond,
03:32penolakan tututan dan tindakan undang-undang
03:34di bawah akta komunikasi dan multimedia.
03:37Pada masa ini, tindakan yang sedang dipertimbang adalah
03:39untuk mengenakan liquidated damages kepada pihak yang terlibat.
03:43MCMC kini sedang mendapatkan maklumat dan bukti-bukti ketidakpatuhan
03:46bagi membolehkan tindakan diambil ke atas kontraktor yang gagal
03:50menyiapkan menara dalam tempoh yang ditetapkan.
03:53Dan saya bagi komitmen untuk memaklumkan semua ahli yang berhubungan,
03:57mana-mana menara jendela di kawasan ahli-ahli yang berhubungan yang tak siap lagi,
04:01saya nak ahli-ahli yang berhubungan tahu telco mana yang sepatutnya menyiapkan,
04:06terutama kalau menara itu sudah siap.
04:08Jadi itu jawaban saya. Terima kasih.
04:10Sila, Kewala Khansah.
04:12Soalan tambahan saya, Yang Memat Menteri,
04:14kita faham dengan projek jendela ini untuk memastikan
04:17liputan internet yang terbaik,
04:19tetapi kegagalan kontraktor-kontraktor ini untuk menyiapkan
04:24pencawang-pencawang ini,
04:26dan adakah mereka yang terlibat sebagai kontraktor dalam fasa satu
04:30akan diberi peluang untuk fasa dua?
04:33Itu yang pertama. Yang keduanya,
04:35apakah komitmen daripada kerajaan untuk memastikan
04:39kelewatan ini tidak akan berulang selepas ini?
04:42Dan juga saya nak menyembut yang berhubungan,
04:45marilah ke Kewala Khansah,
04:46karena kampung saya sendiri pun masih lagi 3G.
04:50Saya duduk di kampung itu macam saya makan biskut Cheese Mall.
04:53Kejap ada line, kejap tak ada line.
04:55Susah saya nak berinteraksi dengan rakyat saya.
04:57Mohon yang berhubungan datang.
04:58Terima kasih.
04:59Itu pun kampung mak saya, jadi insya Allah saya akan...
05:03Mak datang.
05:04Nanti, insya Allah saya akan menyusul.
05:08Saya akan datang.
05:09Untuk makluman, Alia Muhammad,
05:11ada dua bahagian kepada projek Jendela ini.
05:15Bahagian pertama melibatkan pembinaan menara.
05:19Ada 1,661 menara,
05:22dan 1,385 telah siap.
05:25Bermaksud masih ada 276 menara yang masih dalam proses pembinaan.
05:30Memang bagi pihak MCMC,
05:32dari segi pemilihan tapak,
05:36dan isu-isu seperti keberadaan dengan izin backhaul,
05:41fiber backhaul yang terdekat,
05:44sekiranya dia terlalu jauh,
05:45maka itu yang mengakibatkan banyak daripada menara yang telah siap
05:49tidak dapat dengan izin on-air,
05:51tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
05:53Tapi seperti yang saya sebut, pada Oktober tahun lalu,
05:56dan saya tegaskan beberapa kali dalam dewan ini,
05:59saya telah minta supaya MCMC memberikan penyelesaian interim,
06:03ataupun penyelesaian sementara waktu,
06:06melibatkan penggunaan sama ada Starlink sebagai backhaul,
06:12ataupun microwave.
06:14Jadi walaupun saya sebutkan tadi,
06:16Selkom DG daripada 866 menara yang telah siap dan ada pada tangan mereka,
06:23masih 366 yang belum lagi beroperasi,
06:30namun pihak Selkom DG telah memberi jaminan
06:33bahwa setelah mereka menempah sejumlah unit Starlink,
06:39lebih banyak daripada menara-menara yang masih tergantung,
06:44tak siap lagi ini akan beroperasi dalam masa yang terdekat.
06:47Jadi saya alu-alukan kerjasama daripada syarikat-syarikat Telco
06:51untuk membantu dan saya akan minta MCMC untuk lawat kampung Yamamat nanti.
07:21Terima kasih.
07:49Kuala Pilah, terima kasih Dato' Tua.
07:52Tadi Kuala Kangsa kampung mak saya, Kuala Pilah kampung ayah saya.
07:56Tapi ini tak disusun ya, tak disusun dia speaker yang pilih.
08:00Tapi saya kenal sangat Bukit Putus itu,
08:02dan memang sebelum ini ada masalah syukur Alhamdulillah.
08:05Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini,
08:07Bukit Putus merupakan salah satu lokasi dengan izin proof of concept
08:12bagi syarikat-syarikat Telco yang telah menjalin kerjasama komersial
08:17untuk memastikan masalah rangkaian dapat diurus dengan lebih baik.
08:21Berkenaan liputan 5G pada waktu ini,
08:24kita telah mencecah 83 perpuluhan, lebih daripada 83% angka liputan.
08:33Yang saya sebutkan perjanjian komersial di antara syarikat-syarikat Telco
08:38untuk network sharing itu melibatkan 4G.
08:43Dan saya mengamati kenyataan dari pihak MUU Mobile
08:47yang mengatakan mereka akan bekerjasama dengan DNB
08:50untuk pastikan dari segi network sharing antara kedua-dua rangkaian ini akan dijalinkan.
08:57Dan masih sama perancangan tambahan untuk tingkatkan liputan.
09:03Bagi rangkaian 5G, apa yang berlaku ialah
09:06melalui DNB telah diadakan dengan izin six-way Moken
09:11yang mana enam Telco boleh memanfaatkan multi-operator core network.
09:16Sekarang bagi jendela, banyak daripada menara-menara ini
09:19memanfaatkan hanya four-way Moken.
09:21Tapi kita sedang berusaha untuk mengatasi isu teknikal
09:24sebab jendela telah dirancang sebelum ada kemudahan six-way Moken.
09:28Jadi insya Allah untuk kedua-dua 4G dan 5G,
09:31hasrat saya adalah untuk lihat,
09:34saya bagi contoh yang ringkas,
09:38bagi kadar liputan 4G di seluruh negara,
09:41bagi kawasan berpenduduk telah mencecah 98.38% untuk 4G.
09:46Bagi negeri 9, 99.76%.
09:51Walau bagaimanapun, liputan kawasan berpenduduk
09:54bagi Telco-Telco berbeza mengikut Telco.
09:57Dan setelah mereka menandatangani perjanjian,
10:00persefahaman di kalangan mereka,
10:02maka kita akan dalam masa yang tidak terlalu lama
10:05mengarahkan supaya mereka berada dalam lingkungan 1 atau 2%
10:10daripada liputan kawasan berpenduduk
10:13yang komposit bagi sesuatu negeri itu.
10:16Terima kasih.
Comments