00:00Menterian Belia dan Sukan sentiasa memastikan perbadanan Stadium Malaysia
00:04merupakan agensi bertanggungjawab dalam pengurusan venue di Kuala Lumpur Sports City
00:09diurus dan diselenggara supaya dapat dimanfaatkan secara optimum.
00:13Bagi tahun ini sahaja, sehingga Oktober, sebanyak 2.147 juta hasil sewaan venue
00:20telah direkodkan melibatkan sebanyak 26 penganjuran acara sukan di KLSC.
00:27Manakala bagi tempoh yang sama, sebanyak 54 penganjuran acara bukan sukan
00:32telah direkodkan melibatkan kutipan hasil sewaan venue sebanyak 8.5 juta
00:38yaitu empat kali ganda hasil sewaan penganjuran acara sukan.
00:42Ini menjadikan jumlah keseluruhan kutipan hasil sewaan venue
00:46sehingga Oktober adalah sebanyak 10.647 juta
00:50dan hasil tahun ini merupakan hasil paling tinggi
00:53yang pernah direkodkan oleh Kuala Lumpur Sports City.
00:56Suka saya kongsikan kutipan hasil penganjuran acara mengikut lokasi venue.
01:02Satu untuk sukan, Stadium Nasional Bukit Jalil, kapasitinya 85 ribu orang, 1.197 juta.
01:10Asiata Arena, kapasiti 13.875 ribu ringgit untuk acara sukan.
01:17Dan untuk Stadium Hockey Nasional, kapasitinya 15 hingga 20 ribu, 75 ribu ringgit sahaja.
01:24Untuk acara bukan sukan, mengikut lokasi, Stadium Nasional Bukit Jalil, 1.8 juta.
01:31Untuk Asiata Arena, 6.4 juta.
01:34Dan Stadium Hockey Nasional yang telah kita gunakan untuk konsert juga sekarang, 210 ribu.
01:40Bermaksud venue yang paling popular untuk acara bukan sukan adalah Asiata Arena.
01:45Tetapi berdasarkan lokasi, memang kita tahu strategiknya adalah Stadium Asiata Arena, kapasiti 13 ribu.
01:53Kerana itu tidak bergantung kepada cuaca dan senang untuk mereka buat multiple konsert nights jika mereka mahu.
02:00Kalau Stadium Nasional Bukit Jalil, 85 ribu agak sukar untuk penuhkan stadium tersebut.
02:07Saya telah mengadakan perbincangan dengan konsert operator 16 syarikat.
02:12Dan mereka telah menyatakan bagaimana mereka mahu membawa masuk banyak artis.
02:16Dan Malaysia mempunyai keunikan ini.
02:19Walaupun kita tidak dapat Taylor Swift, tetapi kita ada kerana keperbagaan masyarakat di sini.
02:24Kita ada artis dari Hong Kong, China, artis Hindustan, artis Tamil Indonesia, artis Melayu tempatan, Korea, Japan, Europe, UK, US.
02:35Perbagai, kerana pasarannya besar di sini.
02:38Oleh sebab itu, melalui perbincangan dengan konsert operator, mereka telah menyatakan mereka mahu membuat lebih, tetapi sudah penuh.
02:46Dan mereka tidak tahu siapa yang telah membuat.
02:48Jadi, mereka rasa ini kurang telus.
02:50Oleh sebab itu, kita akan buat pendigitalan.
02:52Saya juga ada berbincang dengan pemangku Sultan Johor mengenai usaha kehadapan.
02:59Dan sekarang, kita sedang melihat rumput hybrid.
03:03Dan sediakan dua tapak semayan yang baru, seperti yang saya telah jawab, untuk pastikan kita mencukupi sumber rumput ini jika kita perlu.
03:13Kita laksanakan moratorium.
03:15Konsert boleh berjalan, tetapi hanya untuk rakyat berdiri ataupun duduk dan tidak melebihi 48 jam.
03:22Dan kita gunakan Terraplus, turf protection.
03:25Dan sekarang berjalan dengan lancar, kerana ada moratorium tersebut.
03:30Tetapi, bila kita ada artis antarabangsa, seperti Coldplay,
03:34bila mereka masuk, mereka mempunyai tema konsert sendiri, satu dunia.
03:38Dan konsep pentas mereka tidak boleh diubah.
03:43Masa itu, kita perlukan lay and play, seperti yang saya katakan, badan stadium sedang sediakan.
03:49Untuk negeri-negeri lain, infrastruktur negeri lain,
03:53sebenarnya, Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan grant kepada setiap negeri yang mahu menerima matching grant, 500 ribu.
04:01Untuk mereka tukar rumput, untuk mereka baiki saliran.
04:05Cuma masalah sekarang, hanya Kelantan telah mulakan kerja,
04:09selepas mereka terima duit tersebut,
04:11ada negeri-negeri lain belum lagi melaksanakan kerja,
04:16dan ada juga telah terima grant, tetapi nak gunakan grant itu untuk naik taraf tandas.
04:20Yang itu tak boleh.
04:21Jadi, bukan kita tak nak tolong, kita sudah laksanakan konsep bagi grant,
04:26tetapi ini terpulang kepada kemahuan setiap negeri itu,
04:30sama ada mereka mau majukan negeri mereka,
04:33dan mereka mau belanjakan untuk naik taraf fasiliti Sukan dan juga konser.
Comments