00:00Jemaah Menteri juga telah membincangkan satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh satu
00:10badan yang diberi nama MCCBCHST yang telah menyentuh isu pegawai jahkim yang ditempatkan
00:23di sejumlah kementerian.
00:26Sebenarnya perkara ini telah dijawab oleh pihak jahkim pada 7 Ogos yang lalu susulan
00:31kepada satu kenyataan yang dibuat oleh seorang aktivis hak asasi manusia dan seorang peguam
00:37dalam satu podcast yang telah disiarkan pada waktu itu.
00:41Walau bagaimanapun pihak MCCBCHST telah mengeluarkan satu kenyataan yang baru dan ini telah menimbulkan
00:48satu keadaan yang kita anggap berlaku salah faham, maka Perdana Menteri minta supaya
00:56satu penjelasan dilakukan, yakni ini sebenarnya adalah dasar dari tahun 2006-2007, malah
01:08ada di kalangan ahli Jemaah Menteri yang merupakan sebahagian daripada Jemaah Menteri pada
01:14waktu itu yang berhormat Menteri Pertahanan sebagai contoh, beliau ada dalam kabinet pada
01:18waktu itu dan beliau mengingatkan Jemaah Menteri, waktu itu itulah dasar yang telah diumumkan.
01:26Dan Menteri Agama juga telah memberi peringatan bahwa sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana
01:33kementerian yang telah mendapat penempatan pegawai jahkim, tidak ada penempatan pegawai-pegawai
01:43jahkim yang baru, bermaksud mana-mana dari dulu yang ada ditempatkan pegawai jahkim,
01:51maka itulah kementerian-kementerian yang ada pegawai-pegawai tersebut.
01:56Dan pegawai-pegawai ini tidak menyentuh soal dasar dalam kementerian yang mereka ditempatkan.
02:02Maka untuk mengeluarkan tuduhan bahwa pegawai jahkim ada terlibat dalam isu dasar dalam
02:11kementerian di mana mereka ditempatkan itu terlalu jauh dari sasaran dan matlamat asal
02:17penempatan mereka, yakni mereka ditempatkan untuk membantu terutama dari segi sama ada
02:23integriti ataupun pengisian kerohanian dalam kementerian-kementerian tersebut.
02:28Bukan untuk memberi pandangan berkaitan soal dasar. Saya boleh nyatakan di sini,
02:35Kementerian Komunikasi sebagai contoh tidak mempunyai pegawai jahkim yang ditempatkan.
02:40Dan tidak ada pegawai jahkim yang sebagai contoh cuba memberi pandangan mengenai dasar
02:48dual network. Perkara itu tidak berlaku langsung. Jadi tuduhan yang dibuat oleh beberapa pihak ini
02:56tidak patut mereka lontarkan kerana ia tidak berasas. Perdana Menteri juga telah minta
03:03supaya Menteri Perpaduan dan Menteri Halewal Agama mengadakan pertemuan dengan pihak MCCBCHST
03:10untuk mendengar pandangan mereka serta menyatakan pendirian kerajaan dan sebaik mungkin isu-isu
03:20seperti ini diurus dengan baik tanpa salah faham terutama bila penjelasan telahpun dibuat
03:31lebih kurang tiga minggu yang lalu.
03:33YB Syakirah daripada Malaysia Kini. YB menyentuh tentang penempatan pegawai jahkim.
03:38Adakah YB bersetuju dengan kenyataan Persatuan Peguam-Peguam Islam bahwa bahan tahan sebegitu
03:44adalah bersifat khas nutan dan jelas menunjukkan islamofobia? Jika ya, adakah majlis perundingan
03:52tersebut dan MCA akan disiasat?
03:55Ini menyentuh aspek penguatkuasaan. Saya tidak memberi komen dalam isu ini dan seperti kelazimannya
04:07sekiranya pihak penguatkuasaan, badan penguatkuasaan ada menerima laporan maka mereka akan disiasat.
04:13Dan kita tidak membincangkan aspek ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.
04:18Cuma sekadar penjelasan dan peringatan kepada badan tersebut, badan perundingan tersebut bahwa
04:25penjelasan telahpun diberi dan mereka harus sekiranya tidak boleh menerima pandangan tersebut
04:34maka bertemulah dengan menteri. Tidak menjadi masalah untuk adakan pertemuan.
04:39Malah itulah yang telah diminta oleh Perdana Menteri supaya satu pertemuan segera diadakan
04:44antara Menteri Perpaduan dan juga Menteri Halewat Agama dengan badan perundingan tersebut.
04:50Tidak ada perjanjian?
04:53Tidak ada perjanjian tapi saya jangkakan dalam masa yang terdekat.
Comments