00:00Seperti yang dihasratkan di bawah kerangka ekonomi madani, bagi mengangkat daya kompetitif negara,
00:07usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan khidmat digital juga memerlukan kita untuk memberikan keutamaan
00:16kepada langkah-langkah melindungi integriti perkhidmatan dalam talian.
00:22Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua secara kolektif untuk memastikan persekitaran digital kita terjamin selamat.
00:31Penjenayah cyber kini semakin canggih, menggunakan taktik baru yang licik untuk memperdayakan pengguna.
00:38Dalam usaha memerangi ancaman global ini, pendekatan bersepadu yang menggabungkan penjagaan, pengakuasaan,
00:47dan kesedaran adalah penting untuk melawan penipuan kewangan dalam talian.
00:52Dalam hal ini, saya menghargai usaha bermakna yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dan industri kewangan
01:00untuk mempertingkatkan kawalan dan keselamatan transaksi kewangan dalam talian.
01:06Dengan melaksanakan langkah-langkah kawalan ini, transaksi mencurigakan bernilai lebih pada 380 juta
01:15telah dapat dikesan dan dihentikan oleh institusi kewangan.
01:20Sementara itu, bilangan kes yang dilaporkan pada Pusat Respon Skem Kebangsaan, NSRC,
01:28yang melibatkan penipuan menggunakan presid khasat, malware, dan pancingan data, phishing,
01:34juga telah menunjukkan tren penurunan.
01:37Sebagai langkah merilasesikan matlamat ini, saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaran Portal Fraud Kebangsaan
01:48atau National Fraud Portal, sebuah platform berasaskan teknologi yang bertujuan untuk mengesan,
01:56mengesahkan, dan menjejaki aktiviti penipuan yang dilaporkan kepada NSCC.
02:03Pihak industri kewangan yang diterajui oleh PNED, Operator Perkhidmatan Pembayaran Domestik Malaysia,
02:09telah tampil kehadapan untuk membangunkan portal ini yang akan meningkatkan keupayaan NSRC dengan ketara.
02:17Portal ini adalah peneraju platform otomasi di rantau ini,
02:22menyediakan akses selamat kepada pengkalan data penting untuk menyokong pencegahan penipuan,
02:28serta memberi ahli NSRC keupayaan dinamik untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan.
02:36Portal ini akan mengintegrasikan data transaksi kewangan dari pelbagai sumber untuk mengesan transaksi mencuriga secara otomatik.
02:47Tindak balas pantas adalah teras untuk menghalang dana yang dicuri daripada dikeluarkan dari sistem kewangan.
02:56Sejak peringkat rintis, NFP telah mengurangkan masa menjejaki transaksi penipuan sehingga 75%
03:06dan meningkatkan jumlah purata bulanan dana dibekukan atau earmarked amount oleh institusi kewangan sebanyak 28% atau 4 juta.
03:17Dengan penyertaan 16 institusi kewangan, manfaat portal ini dijangka terus meningkat
03:24seiring dengan penambahbaikan berterusan dan lebih banyak penyertaan institusi kewangan.
03:31Kewaspadaan dan kesedaran pengguna memainkan peranan penting dalam memerangi penipuan kewangan.
03:39Di samping program pendidikan berterusan yang dianjurkan oleh pihak industri dan agensi kerajaan,
03:46pengguna juga bertanggungjawab untuk melindungi diri mereka dalam usaha bersama ini.
03:52Melangkah ke hadapan, saya berharap kita semua dapat menyokong usaha mengekalkan integriti ekosistem digital negara.
04:00Usaha gigih, dedikasi dan kerjasama di seluruh sektor kewangan dan agensi penguatkuasa undang-undang
04:08mesti diteruskan untuk memajukan lagi momentum kejayaan yang telah disiapai setakat ini.
04:16Memastikan masa depan digital yang selamat dan terjamin adalah penting untuk mengangkat status
04:23dan daya saing negara kita seperti yang dihasratkan di bawah kerangka ekonomi medani.
04:46Terima kasih.
Comments