00:00Yang Mahmohmat Perdana Menteri telah membangkitkan hasil ataupun lawatan beliau serta acara ataupun program perasmian National Scam Response Center, Pusat
00:15Anti-Scam Kebangsaan di Menara 2 MCMC di Cyberjaya semalam.
00:20Beliau telah menyatakan bila meneliti terutama sistem yang digunapakai oleh NSRC untuk melihat aliran wang yang keluar daripada akaun individu
00:35yang menjadi mangsa skam menerusi pelbagai lapisan akaun-akaun keldai.
00:41Ini menzahirkan dalam satu keprihatinan di pihak Yang Mahmohmat Perdana Menteri dan ada beberapa perkara yang perlu disusuli untuk meningkatkan
00:54kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai pertama Pusat Anti-Scam Kebangsaan itu sendiri dan bagaimana kita boleh memastikan.
01:05Sekiranya kita menjadi mangsa maka tindakan-tindakan pantas boleh diambil untuk menyelamatkan duit yang telah dicuri itu.
01:14Dan Menteri Dalam Negeri telah juga memberi dua contoh kes yang telah berlaku.
01:24Pertama seorang individu yang telah kehilangan lebih RM800,000 daripada jumlah yang dimiliki dalam akaun bernilai RM1,000,000 dan
01:38kehilangan itu mula berlaku pada jam 2 petang tapi laporan dibuat kepada pihak NSRC hanya sekitar 10 malam.
01:46Jadi pihak NSRC hanya berjaya untuk menyelamatkan lebih kurang RM170,000 daripada RM1,000,000 yang telah dicuri.
01:56Manakala bagi satu kes yang berbeza jumlah yang berjaya diselamatkan adalah hampir 100% bila mangsa menelpon NSRC pada kadar
02:09segera.
02:09Jadi saya harap rakan-rakan media akan dapat membantu untuk mewar-warkan kewujudan NSRC dan kepada halayah umum sekiranya anda
02:20menjadi mangsa kepada aktiviti skam,
02:24segera telefon NSRC di talian 997.
02:28Kita tidak lagi perlu membuat laporan polis yang berasingan, memadai untuk telefon 997 kerana setelah kita pindahkan NSRC dan operasinya
02:41telah dibesarkan,
02:44pegawai-pegawai dan anggota polis bersedia untuk menerima panggilan dan membantu membuat laporan.
02:50Dan di NSRC juga terdapat pasukan daripada bank-bank komersial serta wakil daripada syarikat telco.
03:01Ini sudah pasti merupakan satu usaha yang akan dapat menyelamatkan lebih banyak duit rakyat insyaAllah.
Comments