00:00Peruntukan perundangan bercirikan Lemon Law berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal
00:06atau pengilang sekiranya barangan yang diberikan gagal mematuhi garanti yang ditetapkan
00:12telah termaktub dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999, Akta 599 di bawah Kawal Selia KPDN.
00:21Peruntukan undang-undang sedia ada yang mempunyai ciri-ciri dan komponen Lemon Law juga terkandung
00:26di beberapa akta dan peraturan merentasi kementerian dan agensi di Malaysia
00:32seperti Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Langsung dan Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967.
00:42Susulan daripada pelbagai aduan dan kes terkait yang berlaku serta pandangan banyak pihak,
00:48KPDN telah melaksanakan inisiatif untuk meneliti kerangka perundangan sedia ada
00:54untuk mengenalpasti penambahbaikan yang perlu dilaksanakan
00:58untuk meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan pengguna.
01:02Sebuangan itu, kementerian sedang menjalankan kajian perwujudan perundangan berkaitan Lemon Law
01:09bersama kumpulan perunding pakar.
01:11Kajian ini telah bermula pada bulan June 2024 dan disasarkan selesai pada bulan September 2024.
01:19Hasil kajian ini akan dijadikan asas pertimbangan untuk membuat keputusan dasar
01:25sama ada perlu membuat penambahbaikan terhadap kerangka perundangan sedia ada
01:30atau memerlukan kepada pengubahlan perundangan baru.
01:35Sebagai usaha yang berterusan, KPDN akan terus melaksanakan sesi libat urus
01:40dengan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha ini.
01:43Ini termasuklah penganjuran simposium kepenggunaan Malaysia 2024 yang telah diadakan pada 4 Jun lalu
01:50bertujuan mendapatkan maklum balas daripada para pemegang taruh berkenan cadangan
01:56pengukuhan kerangka perundangan Lemon Law di Malaysia
01:59dan bersandarkan kepada simposium tersebut adalah didapati semua pihak
02:05semua stakeholders dengan izin termasuklah pihak industri memberikan respon yang positif
02:11untuk memperkukuhkan pelindungan hak kepenggunaan melalui Lemon Law
02:16sekaligus membantu perkembangan industri otomotif negara.
Comments