Bekas Timbalan Presiden Parti Pejuang, Datuk Marzuki Yahya menafikan sekeras-kerasnya bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat gerakan menjatuhkan kerajaan dalam Langkah Dubai baru-baru ini.
Jelas bekas Menteri Luar itu, amat mustahil untuk Dr Mahathir terlibat dengan sebarang pertemuan sulit dengan segelintir ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tambahnya, ini kerana Dr Mahathir tidak pernah ke luar negara sejak beberapa minggu lalu.