Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kerajaan dijangka raih penjimatan RM135 juta menerusi pengurangan subsidi telur

Pengurangan subsidi telur ayam daripada 10 sen kepada lima sen sebiji berkuat kuasa 1 Mei, dijangka memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM135 juta bagi tempoh tiga bulan, sebelum kawalan harga telur ayam dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengurangan subsidi itu, menjimatkan perbelanjaan kerajaan iaitu sebanyak RM45 juta sebulan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739819/berita/nasional/kerajaan-dijangka-raih-penjimatan-rm135-juta-menerusi-pengurangan-subsidi-telur

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #subsiditelur #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Seperti telah diumumkan Tuan Speaker, subsidi telur ayam akan ditamatkan secara berpasa
00:05bermula dengan pengurangan kadar subsidi daripada 10 sen kepada 5 sen
00:11berkuatkuasa mulai 1 Mei hingga 31 Julai
00:16Penjimatan yang dijangka hasil daripada pengurangan ini adalah sebanyak 45 juta sebulan
00:23atau 135 juta dalam tempoh 3 bulan sebelum penamatan sepenuhnya subsidi telur ayam pada 1 Agus minggu depan
00:35Bekalan telur ayam pada masa ini berada dalam tahap yang stabil dan dijual pada harga yang berpatutan
00:44Bagi bulan Julai 2025, anggaran pengeluaran telur ayam sebanyak 1.75 bilion biji sebulan
00:54manakala keperluan penggunaan domestik dianggarkan 1.06 bilion
01:00Ini menunjukkan terdapat lebihan pengeluaran sebanyak 0.69 bilion biji telur
01:08yang sebahagiannya akan digunakan bagi tujuan pasaran ekspor
01:13Dalam memastikan bekalan dan harga telur kekal stabil
01:18Kementerian Pertanian dan Keterjeminan Makanan bersama Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup
01:25akan terus melaksanakan pemantauan rapi terhadap bekalan dan harga telur ayam di pasaran
01:32Terima kasih telah menonton!
01:36Terima kasih kerana menonton!

Recommended