00:00 Sehingga 31 hari bulan Agus 2023, terdapat seramai 114,922 jururawat di Malaysia
00:13 yang terdiri daripada 78,118 jururawat di sektor awam dan 36,804 jururawat di sektor swasta.
00:25 Daripada jumlah 78,118 jururawat di sektor awam tersebut,
00:33 seramai 70,255 jururawat yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan
00:40 yang merangkumi 69,828 lantikan tetap dan 427 lantikan kontrak.
00:51 Bagaimanapun, 427 jururawat lantikan kontrak ini sedang diuruskan untuk dilantik tetap
01:02 yang dijangka selesai pada Desember 2023,
01:06 tertakluk kepada tapisan seronjaya perkhidmatan awam.
01:10 Berdasarkan keperluan semasa,
01:13 unjuran keperluan jururawat di sektor awam pada tahun 2025 adalah 113,472 orang.
01:25 Jumlah ini telah mengambil kira keperluan jururawat bagi fasiliti baru
01:30 dan naik taraf serta unjuran atrisi seperti jururawat yang meletak jawatan bersara,
01:39 meninggal dunia serta terdapat di kalangan jururawat yang berhijrah ke luar negara.
01:46 Bagi memastikan bilangan jururawat mencukupi untuk memberikan
01:50 perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat,
01:54 Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti berikut.
01:59 Satu, pengambilan pelatih diploma kejururawatan (Tajaan KKM)
02:06 dinaikan daripada 1,000 kepada 2,000 setiap tahun
02:11 dan pengambilan diploma kejururawatan untuk menaik taraf jururawat masyarakat
02:18 kepada jururawat yang dinaikan daripada 800 ke 1,000 orang setahun.
02:25 Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi
02:30 untuk membatalkan moratorium pembukaan kolej kejururawatan swasta baru
02:38 bagi meningkatkan pengeluaran jururawat tempatan.
02:42 Sampai jumpa!
02:44 www.kementerian.com
Comments