Kedua-dua juri tetap Big Stage 2023 meluahkan rasa kecewa dengan persembahan rata-rata peserta minggu ke-5 ini. Ajai menyatakan bahawa kebanyakan mereka tiada dinamik, mempunyai masalah pembawakan lagu & asyik mengulangi kesilapan yang sama.
Aina juga menasihati para peserta supaya lebih mendengar kepada nyanyian sendiri dan tidak berpandukan sepenuhnya kepada penyanyi asal.