Tokoh pemikir Islam yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis.
Pemergiannya satu kehilangan besar buat negara, allahyarham juga seorang insan yang berani dan tegas dalam memerangi rasuah di negara ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun akibat komplikasi daripada prosedur pembedahan.
Jenazah dikebumikan Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi.