Ceroboh Perairan | Dua bot Vietnam curi hasil laut 20 tan ditahan

  • 2 tahun lalu
Dua bot nelayan Vietnam yang mencuri hasil laut negara ditahan selepas dikesan melalui Sistem Pemantauan Vesel Jabatan Perikanan.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Bahagian Pengurusan, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata kedua-dua bot pukat tunda ganding itu ditahan kira-kira jam 9 pagi pada Ahad di kedudukan 70 batu nautika dari Kuala Terengganu.