22 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara
  • 2 tahun lalu
Seramai 22 nelayan warga Vietnam bersama dua tekong diberkas ketika sedang menangkap ikan secara tunda ganding di sekitar perairan negara.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata dua bot ditahan pada jarak sekitar 130 batu nautika dari Pantai Kuala Kemaman, pada Jumaat.