Ceroboh Sempadan | Bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan Pulau Pinang
  • 2 tahun lalu
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima nelayan yang cuba menceroboh perairan negara di Pulau Kendi, George Town pada Isnin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan kapal km Sikuati semasa rondaan Op Tanjung pada kedudukan 29 batu nautika barat daya Pulau Kendi sekitar jam 4.10 petang.