Penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang akan menjadi penanda aras dalam memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi.
Menyempurnakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARA 2021, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata ini juga akan memberi peluang kepada individu meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya masing-masing.