[TERKINI] PM buat laporan polis akaun Telegram, signal digodam

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun peribadi Telegram dan signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Disyorkan