SIAK ORANG PENTING, 24 JAM BERKHIDMAT UNTUK KARIAH.
Bila sebut ‘tok siak’ mesti orang fikir lelaki yang dah berusia dan tugasnya adalah untuk bentang sejadah serta jaga kebersihan masjid sahaja. Sebenarnya tugas mereka lebih dari itu. Siak merupakan antara jawatan terpenting di masjid selain imam dan bilal.
Jangan terkejut kalau ada yang dah jadi siak ketika masih dalam usia 20an!
Tonton kisah mengenai kehidupan seorang siak, Amran Amzah dalam siri terbaharu CERITA ORANG KITA.