Kes pergaduhan berparang di Kuching, sembilan ditahan

  • 3 years ago
Sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan senjata tajam di hadapan Chong Lin Plaza, di Jalan Green pada Ahad lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata polis telah melancarkan operasi bagi menjejaki dan menahan semua suspek selepas menerima laporan orang awam.

Terdahulu tular video kes pergaduhan pada petang Ahad melibatkan dua kumpulan lelaki dipercayai berpunca daripada salah faham.