Video penuh pergaduhan penyokong Melaka dan Negeri Sembilan

  • 8 years ago
Suasana di dalam dan luar stadium Hang Jebat kecoh apabila sekumpulan penyokong Melaka dikatakan tidak berpuas hati terhadap penyokong pasukan lawan, Negeri Sembilan selepas tamat perlawanan, malam tadi .

Ia susulan pergaduhan didalam stadium membabitkan beberapa penyokong kedua-dua pasukan ketika saingan Liga Perdana yang berkesudahan seri 0-0.

Berpuca daripada pertikaman lidah sekitar minit ke 80 perlawanan dan ia berlarutan sehingga ke luar stadium apabila sekumpulan penyokong Melaka United dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit.

Sepasukan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah untuk menyuraikan kumpulan berkenaan.

Recommended